Kesalahan ini terbahagi kepada 2 iaitu kesalahan terang / nyata dan kesalahan tersembunyi / tidak nyata Bentuk kesalahan terang / nyata boleh merosakkan makna kalimah / ayat. Terdapat 4 kesalahan dalam kategori ini iaitu kesalahan makhraj huruf, tanda-tanda bacaan, hukum mad (mengadakan / membuang mad) dan wakaf & ibtida. Manakala bentuk kesalahan tersembunyi / tidak nyata, tidak merosakkan makna kalimah / ayat. Terdapat 4 bentuk kesalahan dalam kategori ini iaitu kesalahan hukum Ghunnah & Izhar, sifat tebal / nipis (hukum Ra' & Alif Lam Al-Jalalah), hukum mad (menambah / mengurangkan harakat) dan hukum Qalqalah.